Quantcast
Channel: Amanz » Multimedia Kreatif
Viewing all 61 articles
Browse latest View live

Siri Animasi “Rimba Racer” Dijangka Untuk Ditayangkan Pada Penghujung 2014

$
0
0

Ingatkah lagi anda dengan 10 animasi tempatan yang telah dipertontonkan pada Asian Summit Animation 2012 lepas? Rimba Racer merupakan salah satu daripadanya yang turut memenangi IPCC Animation Super Pitch 2011/2012. Kini, selang dua tahun daripadanya, ia dilihat mereka dalam persiapan akhir untuk ditayangkan kepada umum.

Animasi Rimba Racer ini dibangunkan oleh salah satu syarikat tempatan, dinamakan sebagai Glue Studios. Untuk makluman, ia telah ditubuhkan pada tahun 2010 yang lepas, dan kini dalam proses produksi untuk siri animasi mereka yang pertama.

Rimba Racer dilihat memfokuskan kepada jalan cerita perlumbaan kereta. Ia mengumpulkan pelbagai watak-watak binatang, dan mengisahkan mengenai kejohanan perlumbaan yang dinamakan sebagai “Rimba Racer”. Watak utama cerita berkenaan, Tag dilihat sebagai orang baru dalam industri berkenaan, dan berusaha untuk mengalahkan pelbagai pelumba lain dalam memenangi kejohanan tersebut.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Glue Studios kepada kami, siri animasi TV ini dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun 2014 kelak.


Squarespace Logo : Laman Mereka Logo Dengan Pantas

$
0
0

Rekaan logo dan cap dagangan sesebuah syarikat penting bagi memastikan produk yang anda pasarkan anda dikenali. Di dalam sebuah kajian yang dilakukan sedekad lalu, logo syarikat makanan segera didapati lebih dikenali oleh kanak-kanak prasekolah dari rupa presiden Amerika Syarikat dan Jesus.

Untuk mereka logo yang cantik bukanlah perkara mudah dan mengambil masa yang lama. Squarespace cuba memudahkan proses rekaan logo dengan melancarkan Squarespace Logo. Laman web ini membolehkan sesiapa sahaja mereka logo menggunakan konsep WYSWYG. Pilih apakah perkataan yang anda mahu gunakan pada logo dan dan pilih  logo yang anda mahukan dari pilihan yang diberikan. Setiap elemen yang anda gunakan boleh ditukar warna dan saiz dengan menggunakan tetikus. Pilihan reka taip juga boleh dilakukan dengan mudah. Usai melakukan rekaan anda boleh melihat visualisasi rupa akhir logo rekaan anda pada kad perniagaan, laman sesawang ataupun cetakan baju.

Khidmat Squarespace Logo boleh digunakan secara percuma tetapi logo yang dihasilkan diletakkan logo Senspace pada bahagian tepi.  Logo ini boleh dibuang dengan membayar USD 10 untuk setiap log. Kepada pengguna Squarespace sedia ada, anda tidak dikenakan bayaran tambahan.

Mungkin tahun ini logo Hari Merdeka ke-57 boleh direka menggunakan laman sesawang ini. Mungkin anda semua boleh mencuba nasib. Kami merasa yakin logo yang anda hasilkan nilai estetikanya tidak akan menyakitkan mata anda seperti logo tahun lalu ataupun logo baru Jakim.

amanzpollos

senspace-logo2

sendspoace-logo

Cuba sendiri di SquareSpace

DaDuDiDo : Siri Animasi Baharu Daripada Les Copaque

$
0
0

Les Copaque ialah studio animasi yang terkenal dengan Upin dan Upin serta Pada Zaman Dahulu. Mereka hari ini memperlihatkan siri animasi terbaru mereka DaDuDiDo. Animasi tanpa diolog ini mensasarkan golongan kanak-kanak pra sekolah dan memaparkan empat watak Da, Du, Di dan Do . Kempat-empat watak diilhamkan oleh empat eleman utama iaitu angin, api, air dan tanah.  Siri DaDuDiDo adalah siri web yang buat masa ini eksklusif di laman Youtube Les Copaque.

Sumber DaDuDiDo

The Adobe Illustrator Story : Dokumentari Sejarah Program Multimedia Terkemuka

$
0
0


Adobe Illustrator
ialah program grafik yang perlu dikuasai pereka grafik bagi memudahkan mereka menghasilkan lukisan digital. Ianya program yang agak sukar dikuasai tetapi ianya digunakan secara meluas oleh pereka grafik profesional. Sejak diperkenalkan pada tahun 1987, program ini telah memasuki versi yang ke 17. Pernahkah anda terfikir bagaimana program ini boleh dihasilkan? Kenapa ianya dihasilkan dan apakah cabaran yang harus dilalui oleh perekanya? Semuanya terjawab di dalam dokumentari The Adobe Illustrator Story ini. Sekiranya anda pelajar lulusan multimedia kreatif seperti kami, kami sarankan anda menonton dokumentari ini. Anda dapat melihat bagaimana program ini melalui beberapa perubahan dan siapakah yang bertanggung jawab terhadap penghasilannya.

Hyperlapse : Teknik Menstabilkan Video Terkini Dari Jurutera Microsoft

$
0
0

Kamera mini GoPro semaking banyak digunakan sekarang kerana harga jualan yang semakin mampu milik. Ianya digunakan oleh peminat sukan lasak untuk merekod gambar dan video aksi lasak mereka tanpa perlu risau kamera mereka rosak ketika digunakan. Ianya juga boleh dipasang pada tubuh dengan mudah.  GoPro juga digunakan pada dron quadrotor untuk mengambil video perkahwinan dan filem tempatan 1, 2 Jaga. Pendek kata GoPro ialah kamera yang versatil dan tahan lasak.

hyperlapse

Video yang diambil menggunakan GoPro biasanya mempunyai masalah gegaran kerana pengguna melakukan aksi lasak. Apabila video dilajukan kesan gegaran ini semakin ketara. Hyperlapse ialah teknik menstabilkan video yang diambil bagi menghasilkan video selang masa yang lebih lancar. Teknik pentstabilan video ini dihasilkan oleh empat jurutera yang bekerja dengan Microsoft. Ini adalah agak mengejutkan kerana Microsoft jarang sekali kita kaitkan dengan kajian teknologi video dan pengimejan. Dari beberapa contoh video di bawah jelas sekali teknik Hyperlapse bukan sahaja kelihatan lebih lancar seperti menggunakan alat steadycam yang mahal. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi disebalik Hyperlapse, sila lawati pautan ke laman ujian Microsoft ini

Sumber Research.Microsoft

Animonsta Menjalin Kerjasama Dengan Pengeluar Mainan Terkemuka TOMY

$
0
0

Animonsta merupakan salah satu syarikat animasi yang berkembang pesat dan aktif pada tahun ini. Mereka yang mempunyal pelbagai perancangan melibatkan BoBoiBoy dan juga telah hadir dengan saluran animasi Monsta kini telah menandatangani perjanjian kolaborasi bersama pengeluar mainan antarabangsa TOMY.

tomy-x-animonsta

Bagi anda yang tidak mengenali TOMY, TOMY merupakan pengeluar mainan antarabangsa yang terkenal dengan kolaborasi berprofil tinggi seperti Transformers, Pokemon, Disney Pixar dan banyak lagi. Syarikat dari Jepun ini baru sahaja meraikan ulangtahun mereka yang ke-90. Mereka juga ingin menembus pasaran rantau Asia Tenggara dan kerjasama sebegini dilihat sebagai titik bermulanya sasaran tersebut.

Menerusi kolaborasi ini, pihak Animonsta akan menghasilkan siri baru bermula pada tahun 2015 dan akan disiapkan pada 2016. Pihak TOMY pula bertanggungjawab untuk penghasilan set mainan mereka. Mereka juga sedang berbincang untuk menghasilkan set permainan untuk siri BoBoiBoy Galaxy.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat industri animasi tempatan dan pastinya bakal menaikkan semangat industri kreatif tempatan. Terbaik!

Program Comic Accelerator Asia Mencari Bakat Komik Tempatan

$
0
0

Pada minggu ini akan berlangsung acara GREAT 2014 yang dianjurkan di MaGIC Cyberjaya. Program yang akan berlangsung selama 4 hari ini dari 17 September – 20 September akan membawakan sehingga 95 kursus dan bengkel yang berkaitan dalam arena keushawanan dan dunia kreatif. Salah satu acara yang akan diadakan adalah Comic Accelerator Asia yang memfokuskan kepada pelukis komik tempatan.

comicxcel

Sekiranya anda seorang yang minat dan berbakat dalam industri komik, program Comic Accelerator Asia (ComicXcel Asia) ini menawarkan kursus selama 3 bulan dan akan berkongsi info yang penting terutamanya dalam pengkomersilan komik. Peserta akan didedahkan dengan perkara seperti penghasilan animasi, permainan digital, komik digital, penghasilam filem, perlesenan watak serta produk. Mereka juga telah bekerjasama dengan Degwet untuk menerbitkan komik atas talian.

Untuk 4 hari ini mereka mencari sehingga 20 peserta untuk menyertai program ini. Buat masa ini platform Degwet dilihat masih dalam peringkat pembangunan jadi sekiranya anda memerlukan lebih info buat program ini, anda boleh menghadiri ke pejabat MaGIC Cyberjaya dan mencari reruai myNEF (New Entrepreneurs Foundation).

Talking Statues : Patung Bersejarah Pintar Kota London

$
0
0

Di negara barat adalah kebiasaan untuk melihat patung-patung diletakkan di kawasan awam. Kebanyakan patung ini didirikan bagi mengingati individu yang banyak menyumbang kepada negara ataupun komuniti tempatan. Di Malaysia  patung berbentuk manusia bagi menghargai tokoh penting adalah agak sukar ditemui. Kami hanya boleh menamakan 3 patung di Malaysia iaitu patung Sir Francis Light di Pulau Pinang, patung Tugu Negara dan patung Tunku Abdul Rahman di laman bangunan parlimen. Di Kota London terdapat puluhan patung bersejarah didirikan tetapi kerana jumlah yang banyak ini juga banyak yang kini dilupakan. Bagi memastikan patung-patung ini tidak dilupakan projek Talking Statues dimulakan.

Melalui projek ini anda boleh menerima panggilan telefon daripada individu yang rupanya diabadikan pada patung. Watak individu ini dilakonkan semula oleh pelakon terkenal seperti Sir Patrick Stewart yang terkenal dengan watak Professor Xavier. Apa yang diperlukan untuk menerima panggilan telefon ialah mengimbas kod QR yang diletakkan pada patung yang terpilih. Setakat ini 12 patung telah dipilih seperti patung Ratu Victoria, Charles Darwin, Isaac Newton dan Isembard Kingdom Brunel. Sebuah projek interaksi objek bersejarah dengan dunia moden yang kami rasakan inovatif. Memang kebanyakan patung individu ternama di London tidak mempunyai papan tanda menceritakan kenapa sejarah individu yang diabadikan dan sejarah penghasilannya. Jadi projek Talking Statues membolehkan mereka yang mahu mengetahui lebih dalam tentang patung tersebut mendapatkan maklumat yang berkenaan.

Di Malaysia kita tidak ada banyak patung sebegini tetapi kami rasakan idea yang sama boleh digunapakai pada monumen dan bangunan bersejarah. Pelancong boleh ke A Famosa, kemudian melakukan imbasan QR pada plak khas yang kemudian memberikan maklumat dalam bentuk animasi untuk ditonton. Sila jadikan ini sebuah realiti.

Talking-Statues

 

 


Les Copaque dan Tsuburaya Bekerjasama Membawakan Upin & Ipin Bersama-sama Ultraman

$
0
0

Baru sahaja pada bulan September yang lalu Animonsta telah bekerjasama dengan pengeluar mainan antarabangsa TOMY dari Jepun. Pada bulan ini Lescopaque pula telah menjalin kerjasama dengan Tsuburaya, pemilik jenama Ultraman, dan bakal menampilkan Ultraman dalam siri animasi serta karnival mereka di Putrajaya pada akhir bulan ini.

Kami difahamkan Ultraman Ribut merupakan Ultraman yang direka khusus buat episod ini yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Sebanyak tiga episod akan menampilkan Ultraman Ribut iaitu pada tarikh 14, 15, dan 16 November. Satu lagi kerjasama antara mereka juga membawakan persembahan langsung dari Ultraman pada Karnival Upin & Ipin pada 21, 22, dan 23 November ini di PICC Putrajaya.

Kerjasama antara Les Copaque dan Tsuburaya ini sememangnya satu lagi perkara yang membanggakan buat industri kreatif tempatan kerana siri lakonan Ultraman mempunyai ramai peminat dan dengan kerjasama sebegini membuktikan siri animasi tempatan berupaya menempa nama di peringkat dunia. Berkemungkinan kita mungkin akan dapat melihat kedua-dua pihak turut bekerjasama untuk hadir dengan aplikasi berbentuk permainan dan sebagainya untuk memasarkan kedua-dua watak ini.

Siri Animasi Rimba Racer Bakal Menemui Penonton Pada 10 Januari 2015

$
0
0

Awal tahun ini Glue Studios telahpun berkongsi perancangan mereka bagi menayangkan siri animasi Rimba Racer yang dihasilkan mereka pada akhir tahun ini. Pada hari ini mereka mengumumkan tarikh episod pertama yang akan disiarkan melalui saluran TV3, iaitu bermula 10 Januari 2015 pada pukul 5 petang.

Siri animasi Rimba Racer mengisahkan berkenaan sekumpulan pelumba yang berlumba di Rimba Grand Prix dan bakal menghadapi persaingan antara satu sama lain. Ia mempunyai genre hiburan/komedi dan sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Menariknya seperti namanya, ia menggunakan watak-watak haiwan rimba, dan Tag, watak utama siri ini, adalah seekor harimau.

rimba-racer crew

Bagi musim pertama, sebanyak 13 episod akan ditayangkan di Malaysia dan tayangan bagi negara serantau adalah bermula April. Mereka juga sedang didalam proses akhir pra-produksi untuk penghasilan animasi ini untuk musim kedua. Pada majlis ini juga pengarah urusan Glue Studios, iaitu Tariq Mohd Noh turut berkongsi berkenaan projek ini yang bermula dengan 6 pekerja dan memenangi IPCC Animation Super Pitch 2011/2012, kini telah mempunyai 25 pekerja. Mereka turut menggunakan kemudahan yang disediakan oleh MDeC iaitu MAC3 (Malaysian Animation & Creative Content Center) bagi menghasilkan Rimba Racer.

“Muka Digodam” Dengan Menggunakan Unjuran 3 Dimensi

$
0
0

Di dalam filem Total Recall 2012 ada sebuah babak yang menunjukkan Colin Farrel menggunakan alat hologram 3 dimensi untuk merubah muka beliau ketika melalui pos kawalan keselamatan. Alat ini mampu mengubah rupa pemakai dan tidak terhad kepada hanya satu rupa sahaja. Teknologi yang digunakan ini masih lagi fantasi tetapi terma “menggodam muka” sudah wujud sejak 2012 lagi. Muka digodam bagi memastikan wajah anda tidak akan dapat dikesan oleh perisian pengenalan muka pada kamera litar tertutup. Nobumichi Asai seorang artis Jepun menghasilkan video di bawah bagi menunjukkan konsep menggodam muka untuk mengubah wajah individu di masa hadapan. Beliau menggunakan teknik unjuran 3 dimensi dan hasilnya adalah menakjubkan dan menakutkan pada waktu yang sama. Wajah Tsuyoshi Kusanagi dan Shingo Katori, dua ahli kumpulan SMAP berubah berjaya digodam untuk kelihatan seperti robot, haiwan dan juga wanita. Mungkin di masa hadapan mencuri identiti akan menjadi lebih mudah.

Filem Boboiboy Dari Animonsta Bakal Ke Pawagam Akhir Tahun Ini

$
0
0

Animonsta yang terkenal dengan siri animasi mereka, Boboiboy telah membuat pengumuman mengenai filem animasi tersebut sejak tahun 2013 yang diberi tajuk Boboiboy: Sfera Kuasa. Pada hari ini, menerusi perkongsian di laman Facebook mereka, telahpun mengumumkan mengenai teaser mereka yang akan diterbitkan minggu hadapan.

Sehingga kini jalan cerita disebaliknya masih tidak diketahui dan masih kekal rahsia lagi. Mungkin lebih informasi berkenaannya akan diketahui apabila teaser mereka diterbitkan di saluran Monsta mereka. Berdasarkan perkongsian pengarahnya Nizam Razak, filem ini bakal ke pawagam akhir tahun ini.

 

Nizam Razak juga merupakan pengarah Geng: The Adventure Begins dan filem animasi ini merupakan filem animasi kedua yang diarahkan oleh beliau. Sama-sama kita nantikannya akhir tahun ini.

Astropad : Ubah iPad Anda Menjadi Tablet Lukisan Seakan Wacom

$
0
0

Astropad-1

Tablet lukisan tablet ialah peranti yang harus dimiliki peminat grafik digital. Ia mempercepatkan proses melukis dan mewarna secara digital tanpa perlu melakukan imbasan lukisan yang dihasilkan pada kertas. Terdapat pelbagai jenis tablet di pasaran tetapi tablet keluaran Wacom adalah yang paling popular kerana mempunyai tahap kejituan tertinggi. Ianya juga tablet lukisan yang paling mahal contohnya seperti Wacom Cintiq. Astropad ialah aplikasi iPad dan Mac OS yang dengan mudah mengubah iPad anda menjadi sebuah tablet lukisan dengan fungsi sesentuh seperti Wacom Cintiq. Ia menyokong beberapa stylus yang ada di pasaran dan aplikasi grafik popular seperti Adobe Illustrator. Kepada mereka yang sudah mempunyai iPad ini adalah berita baik yang dinantikan. Berita buruk disini ialah buat masa ini Astropad hanya menyokong iPad dan Mac OS. Jika anda pengguna Windows anda harus menanti kerana masih tiada perancangan untuk membawanya ke platform ini. Kelebihan Astropad bagi kami ialah ia tidak memerlukan wayar seperti tablet grafik yang kami gunakan. Astropad boleh dicuba terlebih dahulu sekiranya anda mahu melihat sendiri kemampuannya. Jika ianya memuaskan anda boleh membeli perisian ini pada harga $49.99.

Street View Test : Ujian Undang-Undang Jalan Raya Menggunakan Google Street View

$
0
0

Ujian undang-undang jalan raya. Ianya antara ujian yang bosan tetapi harus diambil oleh semua bakal pemandu. Ketika kami mengambil ujian ini pada tahun 1996, kami terpaksa membaca buku berwarna kuning yang tebal. Ini diikuti oleh ujian bertulis di pusat Jabatan Pengangkutan Jalan berhampiran. Hampir 20 tahun sudah berlalu dan kini ujian undang-undang jalan raya dilakukan secara berkomputer. Namun kami sedari jenis soalan masih tidak mempunyai perubahan. Masih gambar kecil logo papan tanda raya dan ilustrasi situasi yang ditemui di atas jalan raya.

Realitinya teori yang dipelajari dalam buku tidak 100% boleh difahami di atas jalan raya ketika memandu. Bagi mempercepatkan proses memahami undang-udang jalan raya anda perlu memandu dengan lebih kerap. Tetapi semasa kami remaja dahulu kami masih tidak dibenarkan memandu dengan kerap oleh ibu bapa. Disebabkan itu segala teori yang dipelajari senang dilupai.

Sreet-View-Test

Menyedari hakikat ini Street View Test dihasilkan di oleh Automobile Club Romania. Ia menggunakan gambar sebenar kenderaan di atas jalan raya untuk menguji pemahaman undang-undang anda. Dengan menggunakan gambar dan situasi sebenar, ujian pemahaman undang-undang jalan raya akan menjadi lebih realistik. Kesilapan di dalam Street View dapat disedari sebelum memandu di atas jalan sebenar.

Buat masa ini Street View Test terhad untuk negara Romania. Masih tiada perancangan untuk menggunakan teknologi ini untuk ujian di negara lain. Versi Malaysia sepatutnya wujud kerana Street View disokong di negara kita. Dengan pemahaman undang-undang jalan raya yang lebih mendalam, mungkin stereotaip warga Malaysia memandu dengan menggunakan kepala lutut dapat dihapuskan dalam masa terdekat.

Youtube Kini Menyokong Penstriman Secara Langsung Pada Resolusi 1080P 60 FPS

$
0
0

Youtube stream

Juara penstriman permainan video pada PC dan konsol generasi terkini kini dimonopoli oleh Twitch. Youtube kini nampaknya cuba untuk mencabar Twitch dengan menyokong penstriman pada resolusi 1080P 60 FPS. Fungsi ini dicuba pada beberapa pengguna terpilih sebelum ini dan kini diaktifkan kepada semua pengguna. YouTube bekerjasama dengan pembangun ElGato dan XSplit, dua perakam dan alat penstriman permainan video bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Penstriman langsung ini dapat ditonton melalui mana-mana pelayar web yang menyokong HTML5. Pada peranti mobil ia akan diturunkan kepada 30 FPS.

Apa yang dilakukan oleh Youtube ini adalah percubaan yang menarik. Kami kerap menstrim permainan kami secara langsung apabila bermain menggunakan PlayStation 4 di rumah menggunakan Twitch. Bercakap tentang konsol, buat masa ini pihak Youtube masih belum mengumumkan bilakah kemampuan melakukan penstriman langsung melalui konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Buat masa ini sokongan Youtube hanya setakat memuat naik rakaman permainan yang telah anda lakukan ke laman perkongsian video ini.


(Rekaan Konsep) Duit Ringgit Malaysia Oleh Mu’az Muhammad

$
0
0

Sehingga kini wang kertas Ringgit Malaysia telah empat kali ditukar rekaannya dan kini siri keempat telah mula digunakan secara meluas di negara ini. Siri keempat ini telah mula diedarkan pada tahun 2012 yang membawakan rekaan-rekaan barangan ikonik Malaysia seperti Wau Bulan untuk nilai RM1, Burung Kenyalang untuk nilai RM5 dan juga bunga Rafflesia untuk nilai RM10. Menariknya semalam salah seorang pereka grafik tempatan memuat-naik gambar konsep matawang ringgit ini yang telah direka beliau sewaktu belajar di universiti.

Konsep Duit Malaysia

Mu’az Muhammad, salah seorang pereka grafik dari Seniyati Studio telah berkongsi di halaman Facebooknya berkenaan rekaan konsep matawang ringgit yang juga merupakan salah satu projek tugasan subjek rekaan grafik semasa beliau belajar di Universiti Sains Malaysia. Menerusi rekaan beliau, binatang dan objek yang simbolik dan signifikan untuk negara ini turut dimuatkan seperti burung Kenyalang, satelit Measat, dan juga keris.

Konsep Duit Malaysia

Konsep Duit Malaysia

Konsep Duit Malaysia

Apapun ini hanyalah konsep dan merupakan karya untuk tugasan subjek di Universiti, bukannya satu rekaan rasmi dari Bank Negara Malaysia. Memandangkan kita baru sahaja menggunakan rekaan baru bermula 2012, jika rekaan sebegini diadaptasi mungkin akan mengambil masa sedekad sebelum rekaan baru diperkenalkan. Kami tertarik dengan rekaannya yang agak moden dan kombinasi warna yang cantik, serta rekaan menegak untuk RM1. Apa pendapat anda untuk hasil karya beliau ini ?

Konsep Duit Malaysia

Konsep Duit Malaysia

Konsep Duit Malaysia

Filem BoBoiBoy: Sfera Kuasa Ditangguhkan – Akan Ditayangkan Sekitar March/April 2016

$
0
0

Animonsta yang terkenal dengan siri animasi mereka iaitu BoBoiBoy telahpun lama membuat perancangan untuk filem mereka yang bertajuk BoBoiBoy: Sfera Kuasa. Filem animasi tersebut yang kini sedang dalam pembangunan dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun ini. Hari ini menerusi kemaskini Nizam Razak, pengarah Animonsta menyatakan yang filem tersebut akan ditangguhkan dan akan ditayangkan pada tahun hadapan sekitar bulan Mac hingga April 2016.

screenshot_473Penangguhan bagi sesuatu filem animasi bukanlah satu perkara yang janggal dalam industri animasi, memandangkan pasukan animasi Animonsta yang membangunkan filemnya juga merupakan pasukan sama yang bertanggungjawab untuk menyiapkan episod siri di televisyen. Malahan mereka juga turut menyatakan penangguhan episod untuk siri televisyen mereka, dimana episod 19 hingga episod 23 akan ditayangkan pada September hingga Disember 2015, manakala episod 24 hingga episod 26 akan ditayangkan pada bulan Januari 2016 hingga bulan Mac 2016.

Dengan penangguhan ini juga memberikan sedikit masa tambahan bagi pasukan animasi dari Animonsta untuk menyiapkan filem animasi yang berkualiti dan terbaik untuk penonton. Filem BoBoiBoy: Sfera Kuasa yang akan ditayangkan tahun depan ini juga akan ditayangkan di pawagam di Malaysia dan juga Indonesia.

Kreatiview #8 – Sheldon Goh & Angelia Ong

$
0
0

Seperti pada bulan-bulan lepas, untuk permulaan tahun 2012 ini, bersama kita bulan ini adalah pasangan suami isteri @SheldonGoh & Angelia Ong1. Beritahu sedikit mengenai diri anda dan apa yang anda buat:


Saya Sheldon merupakan pelukis komik, papan cerita (storyboard) dan concept artist dengan pengalaman melukis buku komik untuk pemilik lesen GI Joe di Amerika Syarikat dan pihak penerbitan di England. Buat masa ini sedang bekerja untuk Zenoscope Comics.

Saya juga telah melukis storyboard untuk animasi dan iklan di TV. Saya juga mengendalikan kelas seni digital dan kelas komik untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Saya juga merupakan salah seorang pengasas Banshee Creative Sdn Bhd bersama isteri saya, Angelia.

Banshee Creative Sdn Bhd ialah syarikat yang menyediakan khidmat nasihat dan konsultansi di Malaysia yang bekerjasama dengan pelukis, penulis, designers dan pereka kandungan. Servis kami termasuk editorial, rekaan dan pembangunan ceritera & skrip, lukisan konsep, storyboard. Syarikat kami juga adalah penganjur bersama Malaysian games & Comics Convention (MGCCon) dan ahli kepada Malaysian Comics Creators Association/Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK). Kami sangat cintakan apa yang kami lakukan baik kepada klien mahupun kandungan kami sendiri.

Karya kami boleh didapati di: DaPortfolio atau Banshee Creative : http://www.facebook.com/bansheecreative

2. Beritahu kami mengenai portfolio anda yang banggakan:

Banyak artis/pelukis mempunyai masalah ini apabila mereka melihat karya mereka dan menemui perkara yang ingin diperbetulkan. Salah satu perkara sukar ialah untuk belajar berhenti dan let it go lebih-lebih lagi apabila karya untuk client, dan mereka sukakannya. Jadi bagi kami, saya (sheldon) tidak boleh menamakan karya mana yang paling disukai. Bagi Angelia pula, beliau merasakan yang gaya penceritaan saya adalah salah satu kehebatan saya.

3. Kongsikan pengalaman anda yang paling menarik didalam industri ini.

Salah satu acara kesukaan kami tahun lepas adalah acara Comics Are Cool, yang bertempat di kedai komik Earth 638 dimana kami berjumpa ramai peminat, penggemar dan pelukis komik. Ia merupakan satu acara yang menggembirakan dan saya terharu melihat masih ada peminat yang mengumpul komik dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pelukis dan pereka komik tempatan sama ada yang indie ataupun yang bersama dengan penerbit tempatan. Kami harap untuk menemui lebih ramai golongan ini di Malaysian Games & Comic Convention nanti

4. Pendapat anda mengenai industri ini di Malaysia:

Susah untuk bercerita berkenaan industri ini. Selalunya pereka komik adalah musuh kepada mereka sendiri. Kita mempunyai banyak bakat, tetapi kurang professional. Ini bukanlah kebiasaan untuk semua, tetapi kita kena berevolusi untuk berkembang. Kita mesti mengakui kelemahan sendiri dan lakukan sesuatu untuk mengubahnya dan tunjukkan pada masyarakat umum yang pereka komik tempatan mempunyai bakat bukat setakat pasaran tempatan, malahan juga pasaran antarabangsa.

5. Akhir sekali, harapan anda terhadap industri kreatif pada masa akan datang:

Ianya adalah salah satu perkara yang sangat menarik untuk melihat lebih ramai orang membaca komik tempatan sama ada di web ataupun komik fizikal. Kita mempunyai penerbit indie diluar sana yang memerlukan perhatian kita untuk membaca komik mereka. Lagipun, komik adalah medium komunikasi bergambar yang sangat menarik, sama ada untuk mengajar kanak-kanak mahupun terhadap subjek tertentu.

Lagipun, gaya cerita yang menarik pasti dapat memikat semua orang :)

Siri Animasi Ejen Ali Bakal Disiarkan Pada Akhir Tahun Ini

$
0
0

Pada bulan September 2013 yang lalu syarikat animasi Wau Animation telah diumumkan akan hadir dengan siri animasi terbaru bertajuk Ejen Ali. Kini setelah dua tahun menjalani proses produksi, mereka akan menayangkan siri animasi tersebut pada akhir tahun ini.

Mereka juga telah hadir dengan trailer terbaru yang turut menceritakan serba sedikit berkenaan watak Ali. Jika pada teaser dua tahun lepas, Ali dilihat menggunakan pistol namun pada teaser terbaru Ali menggunakan lastik. Ejen Bakar pula disebut sebagai ‘Uncle’ iaitu pakcik, menandakan mungkin terdapat pertalian darah diantara mereka atau mungkin sekadar panggilan mesra diantara Ejen dan juga Penjaga Ejen sepertimana cerita-cerita perisikan, setiap perisik terdapat penjaganya (Handler). Ali juga dilihat bersekolah dan turut menjadi ejen pada masa yang sama.

Siri animasi ini akan ditayangkan di segmen Bananana pada saluran TV3 akhir tahun ini dan penghasilan siri animasi ini juga merupakan kerjasama mereka dengan Prime Works. Untuk lebih informasi berkenaan siri animasi ini, anda boleh ikuti kemaskini mereka melalui laman Facebook dan Twitter Ejen Ali.

Apa kata anda dengan trailer terbaru mereka ?

Buku Mewarna Berteknologi AR Mengubah Lukisan 2D Menjadi Watak 3D Beranimasi

$
0
0

Kanak-kanak zaman sekarang terdedah kepada teknologi lebih awal berbanding generasi sebelumnya. Saya secara peribadi hanya mula mengenali komputer pada usia 15 tahun dan hanya memiliki PC sendiri pada usia 18 tahun hampir 20 tahun yang lalu. Anak saya yang baru setahun jagung sudah mempunyai iPad sendiri untuk menonton video pendidikan interaktif. Penggunaan teknologi terkini sekarang adalah keperluan kerana a memastikan anak anda tidak ketinggalan berbanding rakan sebaya yang lain.

Disney kini sedang membangunkan buku mewarna kanak-kanak dengan teknologi augmented reality (AR). Jika dahulu buku mewarna hanya memaparkan watak 2D, buku mewarna Disney boleh memaparkan watak 3D beranimasi dengan menggunakan aplikasi pintar. Watak 3D yang dipaparkan akan diwarnakan secara langsung mengikut warna yang digunakan oleh si kecil. Teknologi masih dalam peringkat percubaan. Tetapi di masa hadapan aktiviti mewarna tidak lagi terhad kepada dua dimensi.

Viewing all 61 articles
Browse latest View live